BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 23, 2010

PENDAFTARAAN PELAJAR BARU DIBUKA!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman semua Tadika Permata Hati akan membuat pengambilan pelajar baru bagi sesi 2011 dari 6 hingga 28 Disember 2010.

Tadika kami menerima pelajar seawal 5 tahun berdasarkan tahap kesedianan kanak-kanak tersebut dalam menerima pembelajaran yang berbentuk akademik. 

Tadika Permata Hati beroperasi seawal 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum atau cuti sekolah. Ibubapa atau penjaga boleh datang terus ke pejabat tadika kami untuk sesi pendaftaraan anak-anak anda.

Berikut adalah butiran  keperluan yang perlu dibawa semasa hari pendaftaraan pelajar:
- salinan sijil kelahiran pelajar
- salinan kad pengenalan ibubapa atau penjaga pelajar
- laporan kesihatan pelajar
- yuran pendaftaraan sebanyak RM 100

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi pihak Tadika Permata Hati,

alamat         : No. 2,

                       Jalan Pintar 4,
                       Taman Desa Baiduri,
                       Selangor Darul Ehsan
 no. telefon :04-4404826 
no faks         :04-4404827

email            : permatahati02@gmail.com 

DAFTAR SEGERA!! 
TEMPAT ADALAH TERHAD!!

OBJEKTIF PENUBUHAN TADIKA PERMATA HATI


Antara objektif penubuhan Tadika Permata Hati adalah;
  • Membuka kelas-kelas tadika untuk kanak-kanak yang berumur seawal 5 hingga 6 tahun.
  • Memberi pendidikan secara formal dan tidak formal bagi melatih kanak-kanak berinteraksi sesama sendiri.
  • Menyediakan suasana yang selamat dan sihat bagi perkembangan sosial, emosi, rohani, jasmani dan intelek kanak-kanak.
  • Memupuik minat dan bakat dalam perkembangan daya cipta serta sikap ingin tahu.

PIAGAM PELANGGAN


@ Menyediakan peluang pendidikan awal kanak-kanak 5 dan 6 tahun.

@ Memberikan pengajaran yang berteraskan kurikulum standard prasekolah kebangsaan kepada kanak-kanak di Tadika Permata Hati.

@ Memastikan kanak-kanak sentiasa selamat sepanjang berada di tadika.

@ Mencungkil bakat dan minat yang ada dalam diri setiap kanak-kanak.

@ Melahirkankan modal insan yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara bermula dari usia kanak-kanak.

MOTO, VISI DAN MISI TADIKA PERMATA HATI


MOTO/SLOGAN
 “Membentuk Generasi Bijak Berjaya”


VISI
Menyediakan satu sistem pendidikan awal yang komprehensif(bersepadu) dan efisyen bagi merealisasikan matlamat membentuk pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.

MISI
 Melaksanakan konsep tadika yang berteraskan kepada penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris , kefasihan membaca dan mengenal nombor serta melahirkan kanak-kanak yang seimbang melalui penerapan nilai-nilai kerohanian dan intelektual.